Lawatan Bengkel ke 'The Librarian 2015' anjuran MSU disertai oleh 8 orang Pengawas Pusat Sumber dan diiringi oleh seorang guru pusat sumber, Puan Tan Kwee Cheng. Semua peserta lawatan ini dibawa ke dewan untuk menghadiri ceramah oleh Ketua Perpustakawan MSU, Puan Suzana Hamzah. Beliau telah memberikan mereka pendedahan tentang cara mengorganisasikan maklumat dan informasi dalam pengurusan Pusat Sumber. Selepas ceramah beliau, pertandingan kuiz telah diadakan. Pasukan rombongan Seafield telah berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan ini.
 |
| Rombongan Seafield menjamu makanan di kantin MSU. |
 |
| Lawatan ke Perpustakaan dan Pusat Sumber MSU. |
 |
| Rombongan Seafield berjaya memenangi tempat kedua dan mendapat hadiah dalam bentuk hamper. |
No comments:
Post a Comment