Thursday, April 30, 2015

Bengkel 'The Librarian 2015'

Lawatan Bengkel ke 'The Librarian 2015' anjuran MSU disertai oleh 8 orang Pengawas Pusat Sumber dan diiringi oleh seorang guru pusat sumber, Puan Tan Kwee Cheng. Semua peserta lawatan ini dibawa ke dewan untuk menghadiri ceramah oleh Ketua Perpustakawan MSU, Puan Suzana Hamzah. Beliau telah memberikan mereka pendedahan tentang cara mengorganisasikan maklumat dan informasi dalam pengurusan Pusat Sumber. Selepas ceramah beliau, pertandingan kuiz telah diadakan. Pasukan rombongan Seafield telah berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan ini. 

Rombongan Seafield menjamu makanan di kantin MSU.

Lawatan ke Perpustakaan dan Pusat Sumber MSU.




Rombongan Seafield berjaya memenangi tempat kedua dan mendapat hadiah dalam bentuk hamper.

Monday, April 13, 2015

Minggu Pusat Sumber 2015

Sketsa untuk Pelancaran Minggu Pusat Sumber


Pameran Buku (30.3.2015 - 3.4.2015)


Pidato

Bacaria Seafield (7.4.2015 -9.4.2015)

Pertandingan Scrabble

Pertandingan Congkak

Friday, April 03, 2015

Latihan Dalaman Pengawas Percubaan Pusat Sumber



Pengawas Percubaan Pusat Sumber berkumpul di Pusat Sumber sebelum latihan bermula.

Nadine Chan sedang menerangkan informasi tentang bilik-bilik yang dijaga oleh Pusat Sumber.

Yap Zhi Ying sedang memberi keterangan tentang peraturan Pusat Sumber.

Puan Tan Geok Siew sedang memberi penerangan tentang rekod perolehan buku.

Freeah Ong sedang mengajar Pengawas Percubaan Pusat Sumber tentang cara membalut buku-buku baru.

Chong Mun Yin sedang memberi ajaran tentang menyusun buku-buku.

Justin Ong sedang berada di Bilik MPB untuk memberikan tunjuk ajar tentang cara untuk menggunakan 'Interactive Board' dan 'Dynascan'.